Vaksin ke tak Vaksin??
Vaksin salah, tak vaksin salah..
Vaksin mati, tak vaksin mati..
Lina percaya pada Qada dan Qadar Allah.. apa sahaja ketentuan Allah beri, kita kena redha dan terima, walaupn ketentuan itu ialah tamat riwayat hidup..
Apa pilihan yang Lina ada, Lina bukan researcher, hanya seorang guru, baca sini kata jgn ambil vaksin, baca sana ambil la vaksin.. Baca sni kalo amik vaksin kang cepat mati, baca sana kalo x amik kena covid cepat mati.. so apa pilihan yg kita ada??
Ingat satu je, kita ni hamba Allah. Ingat rukun iman semua, kita hidup kerana Allah, mati pn kerana Allah, just bersedia aje kalo betul da smpai ajal nya.. minta maaf dari semua, dan berdoa moga pengakhiran hidup tamat dgn Husnul Khotimah..
لا اله الا الله محمد رسول الله
Setiap hela nafas
Setiap gerak tangan
Setiap degup jantung
Setiap derap kaki
Takkan pernah bermakna tanpa cinta-Mu
Ya Allah
Comments
Post a Comment