Alhamdulillah!! I am now a Google Certified Trainer 👏❤️

 Bismillahirrahman ar rahim...

Hai
Assalamualaikum 

Alhamdulillah Lina rasa bersyukur sangat atas nikmat yang Allah beri.. Allah sahaja tahu, niat asalnya ialah belajar untuk diri sendiri mengajar muri-murid kat sekolah. kemudian, rasa seronok untuk belajar lagi tambah ilmu (dulu sambung master tak abis hahah cita-cita tak sampai lagi).

So ceritanya bermula dengan awal-awal PKP dulu March 2020, mula start mngajar murid sekolah secara online. Macam-macam juga belajar time ni. Mula-mula start buat kelas guna Google Classroom je, tanya dan students response dalam tu aje.. kelakar juga kalo baca balik hahah

ni first post dalam GC and response budak hanya la dalam GC haha 

Pastu da pandai sikit, mula start pakai Zoom meeting, belajar pasal canva kebetulan ada adik bongsu duduk sekali PKP yang ajar.

April 2020, upgrade sikit buat youtube live hahah (time ni mmg takde belajar ngan orang lain, sendiri je belajar youtube, siap dengan OBS plak tu hahah) siap buat thumbnail macam-macam.








Lepas tu, ada satu ketika tu Headmaster kat sekolah forward mesej tentang Wacana Google Classroom. Masa ni rasa excited nak belajar, so join la Modul e-Pembelajaran Google Classroom. Yang ni ada ajar cara guna GC dengan betul dan jawab soalan-soalan yang berkaitan dengan GC. Menarik sangat, so Lina join la dari Level 1 sampai la Level 8 dan lulus semua level alhamdulillah.

Ni Sijil pertama Level 1

Yang ni pula sijil yang terakhir
Level 8

Okay lepas da habis ni time tu ada open pula untuk jadi Guru Youtuber - Akademi Youtuber - rasa excited pula sebab memang nak belajar cam mana buat youtube sebab time tu banyak memandai aje haha tapi time tu cam lama lagi nk start Akademi Youtuber start nya bulan Julai camtu. Ada pula terbaca pasal Google Certified Bootcamp* 2020, berminat juga nak join. Ada beberapa pakej time tu untuk ambil Google Certified Education (GCE) L1, L2, Pakej Google Certified Trainer (GCT), atau Pakej Express (GCE 1, GCE 2 dan GCT).. So bincang ngan husband, da alang-alang bayar Pakej Express terus.

*Google Certified Bootcamp ni ialah kursus untuk melayakkan diri jadi trainer yang diiktiraf Google. Belajar semua products google kemudian ajar pula pada orang lain.

    So bermula Julai 2020, belajar Youtube, buat task Akademi Youtuber kemudian Ogos 2020 belajar Google dan buat latihan dan prepare jawab exam GCE 1 and GCE 2. Time ni memang masa PKP kat rumah ni dipenuhi dengan kelas, task-task wajib dan exam-exam hahah (sekolah tak tinggal eh, lagi macam-macam cerita pasal sekolah - masih lagi online class)
Tapi alhamdulillah, sambil belajar tu, sambil practice untuk mengajar juga. Buat video guna dalam kelas, belajar guna google slides, google docs, google sheet dan cara buat sijil. Kadang-kadang buat aktiviti dengan budak2 guna slides dan beri sijil juga. Happy rasa dapat guna yang di belajar.
Alhamdulillah, busy2 pun Allah beri suami yang sangat supportive, keluarga yang sentiasa doakan walaupun bising2 juga sebab menyibukkan diri ntah apa-apa, kawan2 yang selalu bantu dan sokong dari belakang tak lupa juga trainer2 yang hebat dan rajin bantu dari awal sampai sudah. 

ni sijil lulus GCE Level 1

ni pula sijil lulus GCE Level 2

ini exam nak layakkan diri untuk apply GCT 

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar sampai la dah habis semua exam untuk apply GCT kena rajin buat perkongsian. Start buat sikit2 dengan kawan2 sekolah aje, rasa tak mampu nak ajar cikgu-cikgu SK lagi time ni hahah dorang hebat2 sangat da. So self-confidence menurun sikit haha rasa tak boleh nak sambung GCT. 
November December semua sibuk dengan Task Akademi Youtuber dan sekolah aje. Sekolah ada bukak sekejap, pastu tutup balik. Macam-macam kena prepare time ni, tak mampu da nak buat banyak-banyak benda. Bila-bila ada masa join juga kursus-kursus Edidik - Enhancing Teaching & Learning with Google Workspace (ETLGW) 1st Edition dan 2nd Edition 2020, kumpul sijil hehe

Awal tahun 2021 juga kelam kabut, dengan sekolah tutup, pastu buka then tutup balik. Pindah randah pula, heheh internet tak stabil, ada juga join ETL 2021, belajar application yang boleh digunakan dalam class dengan murid, tambah sijil lagi. Sampai la si husband ni duk ulang-ulang sebut, hah bila nak siapkan GCT, bila nk buat video GCT. Tengok kawan-kawan pun ramai da lepas GCT, so kumpul kekuatan dan doa juga moga Allah mudahkan semua urusan.

*nak apply Google Certified Trainer ni kena sediakan macam-macam. 
1) 3 minit Video kenalkan diri sendiri pastu tunjuk kefahaman kita dengan product Google boleh temgok sini  https://youtu.be/HBL_XwHfoys
2) ajar orang dan kumpulkan response
3) sediakan slide yang kita guna untuk train orang
siapa nak try boleh la, boleh buat dalam bahasa Melayu juga

ok kemudian da ready semua tu, try la private message tok guru yang ngajar GCT ni, ok dia minta la betul kan situ sikit, sini sikit. sampai la masa submission day.. Berdebar-debar, dengan internet pun tak betul haha tapi tok-tok guru yang ada time submission tu sabar je menunggu, ajar step-step semua. Done Submit! selepas 2 minggu cek result pula berdebar2.

Alhamdulillah berkat doa suami family dan rakan-rakan yang tahu berjaya juga bergelar Google Certified Trainer (GCT).
Terima kasih banyak cikgu-cikgu pertama saya, 
Sir Malik & Cikgu Ben dari Edidik yang rajin bantu saya dan ajarkan dari tahun lepas Bootcamp sampai la setahun selepas itu. Mereka ni ajar semua, sampai nak jawab exam pun bagi support. Nak submit application pun tunggu sampai sette. MasyaAllah. 
Moga Allah balas jasa mereka. Saya banyak belajar. 


Dengan adanya sijil ni, ini sebagai tanda permulaan jalan yang panjang. Doakan Lina rajin untuk buat training kat ramai orang. Doakan juga internet elok untuk buat sharing online. Berkongsi apa yang di pelajari juga merupakan proses belajar. InsyaAllah

Post panjang, sebab tu tak letak di FB haha terima kasih pada yang membaca 😁❤️

Comments

Post a Comment

Popular Posts