Looking forward to a great year ahead, 2021

   الحمدلله رب العالمين

Review Tahun 2020

Assalamualaikum w.b.t 

Hai, saya Tc Lina

Khamis terakhir sebelum Goodbye 2020.. 😥Terlampau banyak sangat rezeki, nikmat yang Allah beri kepada semua manusia di seluruh dunia.. Banyak benda berlaku sepanjang tahun 2020, sama ada kita terimanya sebagai musibah, atau hikmah.. 😀


Untuk Lina sendiri, secara personal rasa sangat bersyukur atas apa sahaja bentuk ujian yg Allah beri sepanjang tahun ini.. Lina nampak juga hikmah dan nikmat yang terlalu banyak Allah beri juga.. 🌺🌸 Untuk kawan2 yang lebih merasakan tahun 2020 ini penuh dengan ujian & rasa susah, Lina doakan semoga Allah permudahkan urusan kalian untuk tahun 2021 pula.. Ameen

Sebelum ni kita semua tak tahu yang Allah akan datangkan ujian Covid 19 kepada semua orang seluruh dunia.. Bila datangnya ujian, semua mengalami masalah yang sama cumanya bagaimana setiap individu itu menghadapinya adalah berbeza..


Hobi baru Norma Baru

Ramai kawan2 keluar dari zon selesa, yang mempunyai hobby baru, yang meniaga pun ramai juga, bukan hanya tertumpu kepada kerja hakiki sahaja.. terbaik! Maybe ini la antara benda baik tahun 2020 ni.. ramai yg cenderung kepada bisnes sama ada online / offline 😊👍🏼👍🏼


Online class

Saya sendiri pula telah menggunakan sepenuh masa sepanjang bermula nya PKP (Mac dulu) dengan belajar benda baru, improve diri jadi guru lebih baik, join bengkel2 untuk tambah skill2 baru.. alhamdulillah, rasa hepi sngat.. walaupun masih lagi buat kerja hakiki dengan sehabis baik, ambil juga peluang ini dengan belajar lain juga.. nak sambung master dan phd tak kesampaian lagi 😅 insyaAllah satu hari nanti.

Niaga Ear Guard
Buat Channel Youtube

Perubahan jadual waktu di sekolah, kedudukan murid-murid dan juga pengurusan sekolah yang mengikut SOP Covid 19 juga menjadi salah satu benda baru yang kita semua lalui. Anak-anak perlu belajar dalam keadaan yang sangat berbeza & guru pula perlu tahu bagaimana nk handle stress dikalangan guru dan juga anak murid.. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk memahami keadaan anak2 dan guru2 di sekolah..
Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami semua..

Solat Berjema'ah mengikut SOP


Hubungan kekeluargaan

    Untuk tahun 2020 ni, apa yang saya nampak hubungan family dapat dibahagikan kepada dua..

    1. hubungan yang makin akrab disebabkan duduk bersama terlalu lama/sebab duduk terperap dirumah jadi rajin video call ahli keluarga yang lain

    2. hubungan keluarga makin renggang berantakan, & menjadi tekanan dalam hidup sepanjang PKP


Raya PKP rumah mertua

PKPB di Selangor tapi baru dibenarkan rentas sampai negeri Melaka

Alhamdulillah, rezeki Allah beri masing2 berbeza. Untuk Family #FadeLinaR, kami makin rapat, time PKP makin rapat sebab rajin video call, duduk rumah bosan tak keluar2.. Tanya kabo hari2.. post video anak2 memasing so dapat la tengok mereka membesar walau tak dapat jumpa..

    Jadi sempena di hujung tahun 2020, Lina nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua orang, siapa yang kenal Lina, atau belum kenal, atau yang baru nak berkenalan. Lina juga berdoa kepada Allah s.w.t semoga berhenti la wabak Covid-19, semoga kalian2 semua diberikan kesabaran ,kemudahan dalam kehidupan kerana kita mungkin akan lama dikelilingi Wabak Covid 19 ini.. Jangan putus asa jaga diri & jauhi dari risiko covid 19..

Kesimpulan yg boleh di buat sepanjang tahun 2020 ni ialah:
1) terima ujian sebagai salah satu cara untuk keluar dari zon selesa
2) sentiasa bersedia untuk belajar benda baru
3) hubungan kekeluargaan makin akrab, sesama adik beradik, mak ayah, keluarga mertua & bersama suami sendiri
4) bila rasa susah, lihat kesusahan orang lain, dapat buat kan diri kembali bersyukur..
5) tak lupa juga ayat Allah ada menyebut tentang jika kita bersyukur Allah akan tambah lagi nikmat-Nya


Okay, Azam tahun baru Lina, akan diberitahu satu persatu kemudian insyaAllah.. Yang paling penting sekarang ni ialah Lina nak start buat blog (walaupun skg blog tak de orang baca da hehe) dan teruskan Youtube Channel. Moga tahun 2021 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua, sama ada di dunia atau  dalam membuat persediaan untuk kita bertemu Allah suatu hari nanti. Ameen


    
FadeLinaR ucapkan selamat tahun baru 😍

Comments

Popular Posts