#1 Selamat Pagi Teacher



 Assalamualaikum w.b.t 
Hai, saya Teacher Lina / Tc Lina

Selamat pagi semua orang.. Ini adalah post pertama saya untuk ucapan selamat pagi.. di dalam post Selamat Pagi Teacher ni saya akan ucapkan selamat pagi kepada semua orang & share apa2 yang bersesuaian.. tapi disebabkan ini post pertama, Tc Lina nak kenalkan diri dulu. 

Siapa saya?

Saya Lina berasal dari Johor/Melaka, dan sekarang menetap di Shah Alam dan bekerja sebagai guru di sekolah rendah swasta. Saya baru je mengajar nak masuk tahun ke 11. Dah berkahwin 3 tahun baru heh.

Kenapa nak tulis blog?

Berangan lama da nak tulis blog, tengok orang menulis.. Tapi hanya berangan je la tak terasa pun nak bukak blog. So kejenya membebel je di facebook heh.. tapi kat fb ni ada masalah sikit sebab sehari tak kan nak post banyak2 kali. Bukan ada buat bisnes, risau pulak orang muak tengok Tc Lina cakap banyak2, and diorang tak ley nak pilih2 pun nak baca ke tak sebab semua lalu kat feed.. So cakap ngan husband, nak buat blog. 

Yang lagi menguatkan nak buat blog ni pula sebab saya baru bukak Youtube channel, (nanti lawat la ye) https://www.youtube.com/ArMiza. So, bila rasa nak cerita tentang Youtube channel bebanyak kita gunakan la blog. Next time saya cerita pasal YT channel pula..

Okay, so itu sahaja cerita selamat pagi Tc Lina harini.. Jadi Lina akhiri ucapan selamat pagi ni dengan satu hadith Nabi Muhammad s.a.w yang sangat terkenal.
" Semua perbuatan bergantung pada niatnya, dan balasan bagi tiap-tiap orang (bergantung) apa yang diniatkan" Sahih Bukhari

Setiap apa yang kita lakukan pastikan dengan niat kerana Allah Ta'ala supaya amalan  atau perbuatan kita tak menjadi sia-sia insyaAllah.. Moga dengan apa sahaja yang Lina dan anda semua buat (blog/bisnes/ youtube channel etc) akan sentiasa menjadi saluran yang boleh dapat pahala, moga Allah jauhkan Lina dan anda semua juga dari buat dosa. Andai ada, moga Allah tegur.. Ameen..

Bye, السلام عليكم  


p/s: Jika ada apa2 soalan atau komen untuk Lina jawab boleh la comment di bawah ye.

Comments

Popular Posts