#2 Selamat Pagi Teacher
Assalamualaikum w.b.t
Hai, saya Tc Lina
Selamat Pagi semua orang.. Breakfast apa tu? Alhamdulillah.. kita patut bersyukur atas nikmat Allah beri,hidup lagi sehari & ada makanan untuk di makan..
Bila bayangkan orang2 yang kena Covid-19 atau yang berdekatan dengan yang positif tu mesti risau dengan diri sendiri.. Dengan musim banjir teruk pula, di Pahang , di Kota Tinggi Allahu banyak ujian mereka2 yang dilanda musibah.. Kita hanya mampu doakan dan beri sumbangan ikut kemampuan.. Berapa lama lagi agaknya hidup kita kat dunia ni.
Semalam, jumlah kes Covid-19 ialah 2464, selepas beberapa mggu angka 3, 4, 5 di depan & tak nampak tanda lagi akan hilang.. Dengan bertambah lagi PKP di Selangor ni, membuatkan ramai hati2 yang gusar gelisah terutama golongan kami, guru2 sekolah di Selangor terutamanya, anak2 murid dan juga ibu bapa.
Risau bayangkan apa yang akan berlaku nanti.. kalau sekolah seperti biasa, akan meningkatkah positif dikalangan anak2 murid? Kalau online, bagaimana pula dapatan anak2 murid? Bagaimana pula ibu bapa bekerja dan anak2 di pedalaman yang confirm susah online.. 😥 Persediaan secara mental untuk guru2 mengajar pula dan penerimaan anak2 murid juga bagaimana?
Marilah sama-sama berdoa dengan sungguh-sungguh, semoga Allah menghilangkan Covid -19 dari muka bumi ini. & Kalau Allah tak hilangkan pun, moga Allah bantu kita semua dalam pengurusan diri, keluarga dan masyarakat untuk teruskan walau hidup dalam kesusahan.
Sabda Rasulullah s.a.w,
"Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak akan mangabulkan doa dari hati yang lalai." Hadith At Tirmidzi
Okay, Lina akhiri post pagi ni dengan ucapan Selamat Pagi!
Bye, السلام عليكم
Comments
Post a Comment