Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Kita masih lagi di awal tahun baru.. masih lagi mencari2 azam yang ingin di tunaikan sepanjang tahun ni..
untuk Lina sekarang ni tengah nak start busy untuk buat planning start sekolah. banyak sangat kena fikir, terutama sekali tentang perjalanan sekolah yang masih lagi perlu mengikut SOP di sebabkan pandemik Covid-19 ini.
Kami di sekolah swasta, kebanyakkan urusan management sekolah dibuat sendiri bersama-sama dari Board of Directors, Admin Office dan Finance termasuk guru-guru di sekolah.
Hah. Banyak kena buat bersama-sama ni.. Antaranya ialah timetable, seperti gambar di bawah. Timetable ni merupakan antara benda penting untuk sekolah. Kami tidak menggunakan apa-apa system, memandangkan sekolah kami kecil sahaja, so boleh buat secara manual.
Untuk mulakan timetable ni ada beberapa perkara perlu di uruskan terlebih dahulu.
1. bilangan murid yang mendaftar perlu di finalize kan dahulu.. kita perlu tahu berapa ramai murid ada untuk setiap tahun dan setiap kelas.
2. selepas itu, kita perlu lihat pula berapa banyak kelas yang akan di gunakan bagi setiap peringkat umur (Tahun 1 - Tahun 6)
3. bila dah ada jumlah kelas, barulah kita susun berapa jumlah guru yang diperlukan untuk tahun ini
Tapi dalam membuat apa-apa sahaja perancangan, mesti ada beberapa Plan. Plan A, B, C.. Sebab apa? Hah, sebab nya untuk finalize jumlah murid sahaja makan masa berminggu kadang-kadang berbulan. Biasalah sekolah swasta, ada turun naik dia. Sekejap ramai yang daftar, sekejap ramai pula yang berhenti dan tukar ke sekolah kerajaan atau sekolah swasta lain.
Haritu kerajaan da keluarkan berita mana2 negeri yang PKP, PKPB dan PKPP.
(siapa yang masih confuse. PKP ialah Perintah Kawalan Pergerakan - duduk rumah terus xley keluar2, PKPB Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar, ada tempat2 tertentu dengan SOP2 tertentu, masih lagi boleh keluar tapi SOP berlainan, dan PKPP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.. yang ni SOP di longgar sedikit tapi masih lagi perlu berhati,,)
Ok nak jadikan cerita Selangor adalah salah satu negeri yang kembali ke PKP.. ini bermakna kelas perlu dimulakan dengan PdPR.. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.. Allah je yang tahu apa yang guru-guru rasa time ni..
Macam2 dalam fikiran, ibu bapa yang nak begini, ibu bapa yang nak begitu.. Guru-guru yang mempunyai kekangan memasing. Dan kami pula, sekolah swasta mempunyai pelbagai benda untuk diuruskan.. Dengan kekurangan guru, dengan bermacam2 jenis permintaan yang cuba kami uruskan sendiri bersama-sama management..
Tapi alhamdulillah pada Sabtu , 16th January , kami berjaya mengadakan satu program tahunan iaitu Orientation Day Year 1 tapi tahun 2021 ni kami menggunakan platform FB Live alhamdulillah.. Walaupun ada masalah2 teknikal, tapi masih berjalan dengan baik.
Dan begitu juga pada hari pertama persekolahan kami (Kami swasta mula awal 18th January), kami dapat juga menjalankan perhimpunan pagi pertama kami secara online juga. Virtual Assembly for IISSA students year 1 until Secondary.. Pada hari Isnin ni, kami gunakan pelbagai platform sebab kami terpaksa pisahkan students kepada beberapa group.. Ada yang gunakan Microsoft Teams, ada yang gunakan Google Meet dan ada juga yang gunakan FB live..
Alhamdulillah kami bersyukur kepada Allah s.w.t kerana masih lagi memberi kami petunjuk dan ilmu yang dapat memudahkan urusan hidup kami di dunia ini..
Kami masih lagi mengharapkn moga Allah memberkati perjalanan hidup kami dalam mentarbiah dan mendidik anak2 di sekolah kami. Doakan kami semua ye..
InsyaAllah
Okay itu sahaja dulu untuk harini.. Kita jumpa lagi nanti ye.. 😊✌
Comments
Post a Comment