Kisah Xiaomi Mijia 1c Robot Vacuum Mop

 

Kisah Xiaomi Mijia 1c Robot Vacuum Mop



Bila duk baca Vacuum Robot viral, rasa tetiba nak cite juga pasal vacuum #fadelinar yang kitorng beri nama Achobot..
Kami beli AchoBot ni tahun lepas pertengahan tahun. time tu tengah viral pasal Roborock, tak mampu beli roborock so beli ni je la hahah Harga nya time beli tu RM899 & beli dari shopee..

So saya nk cerita pasal kelebihan kekurangan vacuum robot ni dari side #fadelinar je la.. maybe ada je orang lain pakai kelebihan & kekurangannya beza dari kami. Ok jom terus kan.

Kenapa Vacuum Robot?

sebab kitorng ada 3 ekor Persian cat kat umah ni Chacha, Misty & Ash.. boleh bayangkan bulu dorg tak hahah memang tu la sbb utama. tak larat nak angkut vacuum rumah biasa tu tiap2 hari.. so bagi la maid tolong vacuum kan kerap sikit.

Tukang buat sampah sekor ni.. Kalo tak tisu, kotak plak adeh


Apa kelebihan?

1. dia boleh vacuum & mop sekali

2. boleh set bila masa nak buat, seminggu berapa kali, janji ade internet dia boleh je start sendiri walaupun time tu kita kat tempat kerja lagi

3. ada mapping dia buatkan untuk rumah kita time awal2 setting.. so kita boleh set kan area mana nk vacuum/mop, atau nak biarkan je die jalan satu rumah boleh juga

4. dia boleh naik atas karpet tapi kalau tebal sangat maybe susah sikit la.. tapi die boleh usaha, dia cm ade kaki yang boleh tolak badan dia untuk panjat benda yang tebal2.
5. kalau dia tersangkut something ke, atau terjatuh dari tempat tinggi sikit ke contoh di balkoni, dia akan stop & bersuara.. dia akan bagitahu wheel die sangkut ke brush dia de something ke. kalau jatuh die akan cakap letakkan dia balik semula betul2 hahah gitu la.

6. dia ada sensor kat depan time jalan, kalau ada dinding ke meja ke kerusi ke dia akan pusing balik la

yang hitam tu sensor dia



7. kita boleh cek dari handphone shaja progress dia, dia tengah jalan mana atau dia sangkut kat mana or apa masalah die, cleanup complete ke, semua akan ada notification di handphone.. tapi kena download xiaomi home dulu la

Yang paling penting sekali kena kemas dulu barang2 yang berkemungkinan boleh sangkut, wayar2 ke tali2 ke, stokin anak ke or bapak kepada anak ke, semua ni kena clear dulu la.. kalau benda besar2 tak apa tak jadi masalah, dia ley langgar aje. Seronok sekali bila balik kerja je, rumah da tak nampak bulu kucing haha

Kekurangan, ada ke?

Mana boleh tak ada kekurangan betul tak heheh

1. jangan bayangkan mop kita yang bersungguh2 tu ye. dia hanya lalukan air dari kain basah yang ada bawah dia je, jadi jangan lupa mop sendiri juga atleast sebulan sekali..

2. tak boleh auto clean la ye.. kena bersih kan setiap kali nak guna, & die tak bagitahu pun da penuh ke belum tempat sampah dia. kena cek & buang dulu sebelum start.

3. masalah saya ialah saya ada kucing yang pandai cari mainan dia & main juga time AchoBot ni jalan & mainan dia berapa puluh kali da tersangkut haiya. satu keje nk buka brush dia & keluar kan.. tengok gambar bawah ni, lebih kurang begini la mainan kucing2 saya. kitorang letak atas meja, dorg bawak turun


4. kadang2, map dia lari. so time ni, ada sekali tu kitorang keluar jap pegi kedai, tengok kat map dalam handphone, rupanya dia da sampai yard kat belakang da.. sepatutnya dia tak boleh turun dapur pun sebab kitorang da set stop kat situ. tah nape ngan sensor dia time tu.

5. satu lagi yang geram nya, bila ada barang sangkut. kita betulkan kejap, letak balik tetiba dia kata " i have detected a new area"... 😡 marah betul time ni, sebab kena tunggu dia start balik semula. pastu dia lupa da dia dekat mana.

6. dia nya edge detection dia kekadang tak berapa betul sangat, tu yang kekadang balconi pun dia boleh tolong vacuum kan.

7. disebabkan bentuk dia bulat, ada la ruang2 kecil yang dia tak dapat nk sedut betul2 sampai bersih. so sesekali tu, vacuum la sendiri pakai vacuum biasa.


ok, setakat ini sahaja la kisah FadeLinaR & AchoBot. so far, kami bersyukur Allah berikan rezeki lebih untuk beli juga benda ni. sangat2 membantu especially untuk kami yang dua2 bekerja dan bela kucing Persian 3 ekor kat rumah ni & rumah bukan la besar sangat pn duk atas langit ni jadi nya budak2 3 ekor tu main dalam rumah shaja.
Ada je masa bila bersepah sebab Chacha, Misty & Ash tu kami lantakkan aje hahah
(baru bela anak2 kucing ni, lum ada anak sendiri hahah xtau la apa jadi nya)


Sekian sahaja dari saya, anda2 diluar sana boleh la menimbang2 untuk beli sebagai keperluan atau kehendak..




Comments

Popular Posts